AL FARABI (259-339 HIJRIAH / 872-950 MASIHI).
Al Farabi merupakan seorang tokoh Islam yang berbangsa Turki.Nama sebenar beliau adalah Abu Nasr bin Muhammad bin Auzilag bin Thorhan.Beliau berketurunan pasri dan ibunya brketurunan Turki.Beliau dilahirkan di Wasih,Farah,Turkistan dan meninggal dunia di Damsyik,Syria pada usia 80 tahun.Sebenarnya, beliau dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan mewah.Tetapi beliau tidak langsung tertarik pada harta benda dan wang ringgit.Al Farabi pernah menyandang jawatan Khadi tapi beliau akhirnya lebih cenderung kepada bidang metafizikal.
Al Farabi mempelajari ilmu mantik di Baghdad dengan Abi Basyar bin Ibn Mata dan Yuhanna bin Hailan.Mampu menguasai bahasa Arab dengan baik,selain bahasa Turki dan Parsi.Al Farabi adalah seorang yang kuat keyakinan kepada ALLAH SWT dan juga kepada agama Nya.Kerana ketaqwaan beliau itu,Al Farabi tlah dikurniakan ilmu yang sangat berguna pada zamannya.Beliau telah menghasilkan lebih daripada 117 karya dan karyanya yang paling utama dan mahsyur adalah sebuah ensiklopedia yang membahagikan ilmu pada zamannya.Seorang cendekiawan Islam, Ibnu Halkan telah menyifatkan Al Farabi sebagai seorang ahli falsafah Islam teragung.
No comments:
Post a Comment