Friday, January 21, 2011

20 Sifat-sifat Bagi ALLAH SWT...

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL :ADAM.Bermaksud tiada. Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.
 
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL :Haduth.Bermaksud baharu. Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL :Fana.Bermaksud akan binasa. Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Mumathalatuhu lilhawadith.Bermaksud menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu

SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Qiamuhu Bighairih.Bermaksud berdiri Nya dengan yang lain.Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.


SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL :Ta'addud.bermaksud berbilang-bilang. Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL :Ajzun.bermaksud lemah. Allah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Karahah.bermaksud benci iaitu tidak menentukan.Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL :Jahlun.bermaksud bodoh. Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL :Al Maut.bermaksud mati. Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.


SIFAT WAJIB : SAMA'
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL :As Summu.bermaksud pekak. Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL :Al Umyu.bermaksud buta. Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Al Bukmu,bermaksud bisu.Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

SIFAT WAJIB :KAUNUHU QOODIRAN
MAKNA :KeadaanNya yang Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL :Kaunuhu Ajizan.bermaksud keadaan Nya yang lemah. Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

SIFAT WAJIB :KAUNUHU MURIIDAN
MAKNA : KeadaanNya yang berkehendak Menentukan
SIFAT MUSTAHIL :Kaunuhu Kaarihan.bermaksud keadaan Nya yang benci iaitu tidak menentukan. Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

SIFAT WAJIB: KAUNUHU AALIMAN
MAKNA :KeadaanNya yang Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL :Kaunuhu Jahilan.bermaksud keadaan Nya yang jahil. Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : KAUNUHU HAYYAN
MAKNA :Keadaan Nya yang Hidup
SIFAT MUSTAHIL :Kaunuhu Mayitan.bermaksud keadaan Nya yang mati. Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

SIFAT WAJIB : KAUNUHU SAMI'AN
MAKNA :Keadaan Nya yang Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Kaunuhu Asamma.bermaksud keadaan Nya yang pekak.Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

SIFAT WAJIB : KAUNUHU BASIIRAN
MAKNA :Keadaan Nya yang Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Kaunuhu A'maa.bermaksud keadaan Nya yang buta.Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

SIFAT WAJIB : KAUNUHU MUTAKALLIMAN
MAKNA : Keadaan Nya yang Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL :Kaunuhu Abkam.bermaksud keadaan Nya yang kelu. Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

No comments:

Post a Comment