Friday, January 21, 2011

Surah Al Ikhlas...



 Terjemahan:
(1)Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. (2)Allah adalah Tuhan yang bergantung pada Nya segala sesuatu. (3)Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. (4)Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Nya.

Dalam Riwayat al-Tarmizi,al-Hakim, dan Ibnu Khuzaimah mengemukakan bahawa Kaum Musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat ALLAH kepada junjungan Rasulullah SAW dengan berkata : 'Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu.'Surah Al-Ikhlas ini diturunkan oleh ALLAH bersempena peristiwa ini sebagai tuntutan menjawab pertanyaan kaum Musyrikin itu.Dalam riwayat Ibnu Jarir dari Abu al-'Aliyyah yang bersumberkan dari Abu Qatadah,dikemukakan bahawa Kaum Ahzab berjata: ''Lukiskan sifat Tuhanmu kepada kami''.Maka datangkah Malaikat Jibril menyampaikan surah ini yang melukiskan sifat-sifat ALLAH.
     Al Sayuti berkata bahawa perkataan ''Al Musyrikin'' dalam hadith yang bersumberkan daripada Ubay bin Ka'ab merujuk kepada Musyrikin dari kaum Ahzab, sehingga surah ini dapat dipastikan adalah Surah Maddaniyyah sesuai dengan hadith Ibnu Abbas.Dengan demikian,tidak ada pertentangan atau kekeliruan antara hadith-hadith yang berkaitan dan diperkuat pula dengan Riwayat Abu Syaikh di dalam Kitab Adhamah dari Aban yang bersumberkan Anas yang telah meriwayatkan bahawa Yahudi Khaibar berjumpa Rasulullah SAW dan berkata: ''Hai Abu al-Qassim! Allah menjadikan malaikat daripada cahaya , Nabi Adam daripada tanah hitam, Iblis Laknatullah daripada api yang menjualang,langit daripada asap, dan bumi daripada buih air.Cubalah terangkan kepada kami tentang Tuhanmu.''Namun Rasulullah SAW tidak menjawab sehingga ALLAH menurunkan Jibril AS yang membawa wahyu surah ini sebagai penerangan tentang sifat-sifat ALLAH SWT.
 

No comments:

Post a Comment